Sunday, December 26, 2010

Highlight Final Pertama AFF Suzuki Cup (Malaysia vs Indonesia)

Malaysia membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia kini hampir pasti untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996. Namun pemain-pemain Malaysia haruslah mengekalkan prestasi mereka di final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan. Tahniah rakyat Malaysia yang sugguh bersemangat memberikan sokongan. Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67. 

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee. Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi. Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

TAHNIAH!! kepada pemain-pemain Malaysia. Kekalkan prestasi korang semua untuk memastikan AAF Suzuki Cup tahun ini milik Malaysia. Jom kita layan highlight gol game malam tadi....

No comments:

Post a Comment