Tuesday, December 21, 2010

Perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2010

Berita gembira untuk peminat-peminat bola sepak tanah air. Datanglah beramai-ramai bagi menyokong pasukan bola sepak negara di perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini. Tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan ini akan dijual pada harga RM30 dan RM50 bermula pagi Khamis (esok) dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. 

FAM memperuntukkan sejumlah 88,000 keping tiket dengan 72,500 daripadanya untuk penyokong Malaysia dan baki 15,500 untuk penyokong Indonesia. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, tiket untuk tempat duduk terbuka RM5.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk ke stadium. Anda semua boleh menonton siaran perlawanan ini di RTM bermula jam 8 malam. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!
Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL

No comments:

Post a Comment