Saturday, December 11, 2010

Semua Kisah Mengenai Tokek

Apakah Itu Tokek?
Tokek adalah sejenis haiwan dalam kategori cicak atau kita boleh panggil sebagai cicak hutan. Di Malaysia, cicak ini dipanggil sebagai tokek oleh kerana haiwan ini mengeluarkan bunyi "tok" "kek"..."tok" "kek"... Tokek hanya terdapat di sekitar Asia Tenggara sahaja. Hasil daripada kajian orang Eropah, tokek dipercayai mampu melawan virus HIV. Tetapi, kesahihannya belum dapat dipastikan lagi. 


Habitat Tokek
Habitat tokek adalah di sekitar Asia Tenggara. Haiwan ini hidup di kawasan sunyi jauh dari kehidupan manusia terutama dikawasan air terjun, rumpun buluh, celahan batu dan rumah-rumah yang telah lama ditinggalkan.

Pemakanan Tokek
Makanan biasa berupa udang kering, jangkrik dan lainnya. Untuk mempercepat pembesaran dapat juga diberikan putih telur yang telah direbus dua minggu sekali. 

Tokek Berharga Jutaan Ringgit
Terdapat beberapa jenis tokek. Tetapi tokek yang mempunyai harga jutaan ringgit adalah tokek yang mempunyai bintik merah ataupun bintik oren di seluruh badannya. Jika anda dapat tokek yang punyai bintik merah ataupun bintik oren ini, anda mungkin jadi jutawan segera. Broker tokek seperti NG GROUP ataupun MAS TOKAY sedia membeli tokek anda itu. Tapi diingatkan, tokek tersebut haruslah mencapai saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya tokek seberat 300g sudah boleh dijual kepada broker. Tidak hairanlah sesetengah orang sanggup meredah hutan berdekatan air terjun mencari haiwan ini di malam hari.
 
Bayangkan berapa juta anda dapat jika tokek yang anda tangkap sebesar ini jika sekilogram sahaja sudah mencecah jutaan ringgit!!

Cara Menangkap Tokek
Tokek sesuai ditangkap pada waktu malam. Ini kerana tokek aktif pada malam hari dan tidur di siang hari. Strategi yang betul hendaklah dipraktikkan untuk menangkap tokek ini. Menangkap tokek bukan semudah yang kita sangkakan. Walaupun tokek itu sudah berada didepan mata,jika cara menangkapnya tidak betul, kita bakal gigit jari melihat tokek terlepas lari. 
 
Alatan seperti lidi, jaring, rokok, tembakau, lampu suluh (LED), kayu dan sebagainya sering kita dengar sebagai keperluan asas menangkap tokek. Tetapi bagaimana fungsi alat-alat tersebut membantu menangkap tokek? Saya kongsikan beberapa cara untuk menagkapnya:
1)Suluh mata tokek denagan lampu suluh (LED) selama beberapa minit, tokek akan pening dan pandangannya akan kabur, bungkus dengan jaring/kain dan masukkan ke bekas penyimpanan yang telah disiapkan.
2)ikat sedikit tembakau pada ujung lidi, goyangkan di depan mulut tokek, ketika tokek memakannya, bungkus dengan jaring/kain dan masukkan ke bekas penyimpanan yang telah disiapkan.
3)ikat sedikit kain putih pada ujung lidi, goyangkan di depan mulut tokek, ketika kain digigit tokek,bungkus dengan jaring/kain, dan masukkan ke bekas penyimpanan.
 
Lazimnya pelbagai teknik digunakan asalkan tokek itu tidak terlepas. Juga diingatkan disini, jangan sama sekali menangkap tokek dengan memegang ekornya kerana tokek juga seperti cicak, boleh memutuskan ekornya untuk melepaskan diri. Sebaiknya memegangnya di bahagian badannya. Tokek yang putus ekornya mempunyai harga yang jauh lebih mudah dan kebarangkalian ia tidak boleh dijual juga ada. Jadi, berhati-hatilah supaya jutaan ringgit tidak melayang begitu sahaja.

Tips Memelihara Tokek
Sebaik tokek yang ditangkap dibawa pulang ke rumah, tempat tinggal atau kandang untuk tokek tersebut hendaklah disiapkan sebelum diambil oleh pembeli. Sebaiknya kandang tersebut menyerupai seakan-akan habitat asalnya. Ini kerana haiwan ini sangat sensitif. Pada kebiasaannya, tokek yang baru ditangkap tidak akan makan selama 2-3 minggu dan kemungkinan akan mati. Maka kandang yang dibina seakan-akan habitatnya akan mengurangkan stress haiwan ini dan sebaiknya lokasinya juga di tempat yang sunyi jauh daripada bunyi bising motorsikal, lalu lalang manusia dan sebagainya yang boleh mengganggu ketenteraman tokek. Tokek menyukai kandang terbuat dari kayu, stress ketika penangkapan daripada habitat asalnya akan cepat hilang bila ditempatkan dalam kandang kayu. Berikan daun daun pisang kering serta dahan dahan pohon sebagai tempat persembunyian.

No comments:

Post a Comment