Bengkel Website






Belajar Membina & Teknik Mempromosikan Website Bersama
Abang Chob!




Apa Kelainannya?


*Tidak menggunakan projektor...abang chob ada disisi anda.
(Bukannya bercakap dari jarak yang jauh dan anda sekadar jadi pendengar)

*Bilangan peserta dihadkan maksima 4 orang sahaja.
 

(Kelas tetap dijalankan walaupun dengan hanya 1 peserta. Saya tidak perlu mengumpulkan bilangan peserta yang ramai sebab kelas ini saya adakan pada setiap hari sepanjang minggu kecuali hari Jumaat)

*Bimbingan ikut tahap penerimaan yang berbeza.

(Pendekatan ini bertujuan memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan terutamanya bagi mereka yang agak slow learner).

*Saya kendalikan sendiri sepenuhnya.
 

(Saya membimbing dan menjawab setiap kemusykilan anda secara personal, tanpa bantuan facilitator bagi memastikan anda mendapat kesan terbaik).

*Sistem pembelajaran secara berfokus.
 

Kita hanya berfokus kepada perkara2 penting dan kritikal yang wajib dikuasai dengan baik sebelum memulakan langkah membuat duit di Internet).

*Peluang seluas2nya untuk anda bertanya. 

(Anda bebas bertanya dengan rasa selesa tanpa perasaan rendah diri walaupun soalan yang ditanya itu merupakan soalan "paling asas").

*Suasana segar dikelilingi pepohon hijau.

(Bilik latihan yang nyaman berhampiran pohon mangga yang membekalkan udara segar dengan kandungan oksigen yang tinggi sangat sesuai untuk proses pembelajaran)

*Bilik latihan yang selesa berhawa dingin.

(Alat pendingin hawa menyedut masuk Oksijen yang dilepaskan dari rimbunan daun mangga dan dihembuskan kepada setiap peserta. Satu bentuk terapi kesihatan percuma yang tiada ternilai).

*Anda tidak pulang selagi belum mahir.

(Anda boleh memilih untuk tidak pulang selagi belum mahir. Anda bebas menyambung latihan di sesi baru bersama peserta2 baru tanpa sebarang bayaran tambahan. Inilah komitment saya dalam memastikan tiada seorang pun peserta bengkel saya yang akan pulang berdada kosong...).

 
One-on-One
PERSONAL COACHING
 
 Anda Boleh Dapatkan Maklumat Lanjut Di :
http://www.bestwebskill.com